Â

Â
Galeri al-Qur’an & Buku-buku Islam Dar Bariyazi adalah sebuah syarikat perniagaan yang merangkumi bidang Penerbitan dan Pengedaran Kitab Suci al-Qur’an Al-Karim (Mushaf Tajwid dan Tafsir dengan pelbagai jenis dan saiz), Buku-buku Bahasa Arab, Inggeris, Melayu dan Indonesia.
Galeri al-Qur’an ini berpusat di Tingkat 1, Komplek PKNS, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Perniagaan ilmu Allah ini telah diilhamkan oleh Haji Abd.Khaliq bin Abd. Malek al-Muqrie dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Sha’ari bin Abdullah seorang tokoh penerbitan yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syarikat ini membekalkan produk-produk tersebut kepada perpustakaan, sekolah-sekolah agama dan juga pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh Malaysia, malah syarikat ini juga, terlibat secara langsung di dalam perniagaan am (Trading Business) seperti khidmat percetakan risalah (Surah Yaasin dan Tahlil), kad, banner, alat-alat tulis dan lain-lain perniagaan sebagai sokongan.
Â